norsuriaazura
Sunday, 4 March 2012
aku ditipu
dalam alam percintaan aku, aku tak suka orang menipu aku. aku paling sakit hati kalau orang menipu aku. aku tak tahu kenapa aku mudah terasa bila seseorang yang aku sayang menipu aku. aku rasa macam diperbodohkan jew bila orang yang aku sayang dan yang aku percaya sanggup menipu aku. tak boleh ke kalau kamu berterus terang terhadap aku. aku rasa amat terkilan apabila diperlakukan sedemikian sedangkan aku percaya kamu 100% tapi kamu sanggup menipu aku. aku tak suka disebabkan kamu menipu aku membuatkan hubungan kita menjadi renggang dan musnah. sebab itulah aku tak suka bila orang yang amat aku sayang menipu aku. aku sedar yang aku nie mudah ditipu oleh sesiapa sahaja kerana aku mudah percayakan orang lain sedangkan orang yang aku percayai hanyalah mahu memperbodohkan dan memperalatkan aku sahaja. aku tak kisah orang lain ingin menipu aku ataupun tidak tapi yang yang kisah ialah orang yang aku sanyangi sanggup menipu aku. apa yang kurang pada diriku ini sehingga aku mudah untuk ditipu. aku dah bagi segala kasih sayang aku pada kamu dan aku sanggup lakukan apa saja demi kamu tapi apa yang aku mintak cumalah satu. jangan sesekali cuba menipu aku dan jangan pernah terfikir untuk mengulangi lagi perbuatan yang aku paling tak suka sebab aku tak nak hubungan kita musnah begitu sahaja disebabkan satu penipuan yang aku tak boleh terima. aku amat menyanyangi kamu dan aku sanggup terima kamu seadanya. aku tidak pernah mengharap harta benda ataupun kecantikan dari kamu. tapi apa yang aku harapkan ialah kasih sayang dan kejujuran yang tulus dari hati. sebelum kamu handak menipu aka ataupun membuat sesuatu yang aku tak suka, aku mintak kamu berfikir dahulu apa yang akan terjadi sekiranya kamu membuat apa yang aku tak suka. cuba kamu fikirkan apa yang kamu akan rasa sekiranya kamu berada ditempat aku dan aku membuat sepertimana kamu membuat kepadaku. aku harap kamu akan berubah dan tidak akan mengulangi lagi apa yang telah kamu lakukan kerana aku sayang sangat-sangat pada kamu dan aku tidak mahu terkena buat kali kedua sebab aku takut hubungan kita betul-betul musnah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment