dalam perhubungan memang banyak masalah yang akan kita akan hadapi dan sesetengah perhubungan boleh menyebabkan kita sakit hati. apa yang berlaku pada aku sekarang ialah timbulnya rasa sakit yang amat menyakitkan dan tiap kali difikirkan apa yang aku alami memang menyakitkan. aku terasa sangat-sangat bila kamu abaikan aku seperti aku nie x wujud dalam hidup kamu. aku sedar aku nie siapa dan mungkun betul cakap kamu yang aku tak pernah faham kamu tapi kamu juga tak pernah faham apa aku yang aku alami. mungki kamu tak rasa apa yang aku rasa sekarang. bagi kamu masalah kamu lebih penting dari aku dan kamu sanggup ketepikan aku tiap kali kamu ada masalah. kamu juga asyik nak marah aku tiap kali kamu ada masalah. aku tahu kamu rasa serabut dengan aku apabila kamu mempunyai masalah dan kalau boleh kamu taknak aku ganggu kamu sehingga masalah kamu selesai. tiap kali aku tanya apa masalh kamu mesti kamu taknak bagitahu aku dan memarahi aku sedangkan niat aku hanyalah untuk menolong kamu.
dalam perhubungan ini bukan kamu seorang sahaja yang mempunyai masalah tapi aku pom banyak masalah yang aku alami dan aku sanggup ketepikan masalah yang aku alami demi kamu supaya kamu tidak sakit hati seperti apa yang aku alami sekarang dan supaya kamu tidak akan risau terhadap diriku. aku lebih sanggup menyelesaikan masalah aku sendiri dan buat macam biasa saja bila berjumpa atau mesej dengan kamu sedang aku ada masalah. tapi kenapa kamu sanggup abaikan aku tiap kali kamu ada masalah. kamu tak pernah nak faham aku dan tak pernah nak fikirkan tentang aku. kalau kamu rasa aku nie tak penting takpe la. aku janji dengan kamu lepas nie aku takkan ambik tahu pasal kamu. apa kamu nak buat, kamu nak keluar dengan orang lain ke, kamu taknak mesej ke, terserah la pada kamu. aku takkan halang apa kamu nak buat asalkan kamu bahagia dengan cara kamu.